PruBSNTakaful

PruBSNTakaful

SELAMAT DATANG

Dua tiga kucing berlari, Manakan sama si kucing Intan,
Apakah maklumat yang anda cari, Sila isi di ruang Comment saya jawabkan...

Sunday, 15 July 2012

Fitrah diri: When the sky turn black...

Salam hormat semua..

When the sky turn black...saya terbaca tajuk di atas dalam sebuah blog persendirian, namun kupasannya ringkas, tak cukup untuk saya hadam dan lenyapkan kesuraman di jiwa...ya, saya sedang mengalaminya...mengalami fasa kejatuhan, fasa kesedihan, fasa kegelisahan fasa When the sky turn black yang mana perasaan2 itu sedang meronta2 di jiwa untuk dilepaskan dengan amarah dan airmata..anda pasti pernah mengalaminya juga bukan?? bagaimana anda menghadapinya?? boleh anda kongsikan?

Kadang-kala pabila memuhasabah diri pasti akan rasa down seketika..tetapi perasaan down itu kali ini sangat meluap2...memang black rasanya sky itu...lantas saya beristighfar seketika dan mencari-cari hadis peninggalam Nabi Muhammad saw sebagai sandaran diri. Ingin saya kongsikan bersama kalian pabila menghadapi When the sky turn black:

1.Pabila kita merasa lemah, yakinlah Dia mahu kita jadi kuat

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف، وفي كلٍ خيـر، احرص على ما ينفعـك، واستعن بالله ولا تعجز، وإن أصابك شيء، فلا تقل: لو أني فعلت كذا لكان كذا، ولكن قل: ما قدر الله وما شاء فعل، فإن لو تفتح عمل الشيطان


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya `kalau’ itu membuka peluang syaitan bertindak.” (hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

2. Pabila kita merasa diri tidak dihargai akibat persengketaan, tarik nafas, cuba perbaiki diri
  
Demi yang jiwaku dalam genggamanNya. Tiada dua orang saling mengasihi lalu bertengkar dan berpisah kecuali karena akibat dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. (HR. Ad-Dailami)

3. Pabila semua yang diharap, diminta dan dimohon tidak dicapai

Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang maka dipercepat tindakan hukuman atas dosanya (di dunia) dan jika Allah menghendaki bagi hambanya keburukan maka disimpan dosanya sampai dia harus menebusnya pada hari kiamat. (HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)

4. Pabila rasa gagal menjadi soleh/solehah, kembalilah kepada asas


Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.


Dan banyak lagi hadis yang boleh dikongsikan..ini cara saya, cara anda menghadapi When the sky turn black?




No comments:

Post a Comment