PruBSNTakaful

PruBSNTakaful

SELAMAT DATANG

Dua tiga kucing berlari, Manakan sama si kucing Intan,
Apakah maklumat yang anda cari, Sila isi di ruang Comment saya jawabkan...

Wednesday, 27 June 2012

Fakta kanser!!


# Sesiapa jua boleh mendapat kanser. Risiko didiagnos kanser meningkat dengan pertambahan.- Cancer Facts & Figures 2012, American Cancer Society, Inc.

# 1 dalam 600 kanak-kanak akan menghidapi kanser sebelum berumur 15 tahun – Kementerian Kesihatan Malaysia 2008

# Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan lebih daripada 700 wanita Malaysia maut akibat kanser servik setiap tahun.

Fakta berkenaan "ASAP MAUTT"

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setahun untuk membeli rokok. Trend itu turut menyaksikan wanita tidak terkecuali merokok.

Perokok pasif ‘terpaksa’ menghidu lebih 4,000 bahan beracun di dalam asap rokok. Impak bahaya kepada perokok pasif ini pula adalah tiga kali ganda berbanding perokok. Tidak keterlaluan jika dikatakan perbuatan merokok dalam rumah atau bilik tidur umpama cubaan membunuh anak dan isteri secara senyap. Begitu juga di pejabat,kedai makan dan lokasi yang menjadi tempat perokok bebas meneruskan tabiat berkenaan sedangkan orang ramai juga ada hak untuk menghirup udara segar.

Pengurus Pembangunan Pendidikan, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr. Gogilawani Muagan,berkata, sepanjang pengalamannya berhadapan kes kanser, seorang lelaki bukan saja meninggal dunia akibat kanser paru-paru, tetapi turut mencetuskan kanser kepada isterinya yang kerap terdedah kepada asap rokok kerana gemar merokok dalam rumah. Asap yang dihidu setiap masa itu merangsang kembali sel kanser, menyebabkannya berulang. Akhirnya dua anaknya terpaksa tinggal tinggal di rumah anak yatim apabila kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

Merokok adalah punca 25 peratus daripada jumlah penyakit jantung koronori, 75 peratus penyaktit saliran pernafasan kronik dan 90 peratus dari seluruh kes kanser atau kanser paru-paru serta kebanyakan kes kanser mulut dan tekak, esofogus, perut dan pundi kencing, pankreas dan ginjal.

Banyak persoalan yang melanda di jiwa..la..la..la...


Tahukan anda bahawa 60 % insiden kanser di Malaysia bagi 100,000 populasi penduduk adalah bagi usia 50-75 tahun??

TERFIKIRKAH
jika anda salah seorang daripadanya??